Suara Keyboard .: 2011

Thursday 8 December 2011

Segmen | Jom Tambah Follower


Memandangkan saya baru join dalam dunia blogging dan saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjenguk blog saya, jadi mungkin dengan join segmen ini akan bertambahlah follower saya.

Kawan-kawan semua mari lah kita sama-sama join segmen ini. Dan memudahkan kita untuk blogwalking. Kalau berminat, KLIK SINI.



Tarikh tutup pada ahad ini 11/12/2011 menjelang tengah malam.


TRULY MADLY DEPLY,
Syah Dean

Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Tulisan Suara Keyboard

Saturday 26 November 2011

I.D.E.A

tak tik tuk tok tek bunyi papan kekunci komputer riba ini semasa aku menekannya semasa aku mencuba melakarkan idea dari fikiran ku ke atas skrin komputer ni.

IDEA....

Tajuk yang senang saja, semua orang tahu dan faham apa itu idea...ada yang boleh membantu dan ada juga yg tidak, bergantung kepada keadaan si penerima idea.

Jika kita ada banyak idea, akan kita pilih dari banyak2 tu yang terbaik untuk di realisasikan dan untuk di saksikan semua orang.

Kemajuan dunia sekarang juga berpunca dari IDEA orang dulu2 yang mahu memudahkan kerja-kerja harian ketika itu. Kini dunia dah sangat maju dan IDEA yang canggih-manggih dah keluar tapi mengapa masi sukar juga ya sesetengah kerja-kerja harian itu?

Mungkinkah bila ada IDEA baru akan ada masalah baru akan muncul? Ataupun semestinya kita kena senantiasa mencari pembaharuan IDEA agar tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini.

Sememangnya IDEA itu sangat penting untuk kita memulakan sesuatu tapi yang lebih penting lagi adalah kebolehan akal untuk mempergunakan IDEA tersebut.

Akhirnya tehasil juga IDEA saya yang pertama, jadi pilih la IDEA yang IDEAL untuk diri anda.

Sekian, sehingga bersambung di hentakan papan kekunci yang berikutnya.
Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Tulisan Suara Keyboard

Langkah Permulaan

Permulaan, setiap sesuatu pasti ada permulaannya kadangkala langsung kita tidak tahu apakah permulaan bagi setiap sesuatu itu, semakin kita cari permulaan itu maka makin bertambah lagi pencarian yang belum tentu berjumpa jawapannya. maka ini juga merupakan permulaan bagi saya menulis blog ini.


Semoga akan mencurah-curah idea datang untuk dikongsikan.


Setakat ini untuk pembuka kata di komakan dulu ya...
Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Tulisan Suara Keyboard

 
Copyright © . All Right Reserved by Syah Dean